News

Sediakan sekitaran selamat cegah jatuh: Yaacob

Berita Minggu (9 July 2017) - ANGGOTA masyarakat harus menyokong dan saling membantu mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Malah, mereka juga harus memastikan sekitaran selamat supaya dapat mencegah orang terjatuh. Demikian menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika berucap di acara Falls Awareness Day anjuran Hospital Tan Tock Seng (TTSH) semalam. Acara di Kelab Masyarakat Kolam Ayer itu bertujuan meningkatkan keprihatinan terhadap kejadian jatuh dalam masyarakat serta cara mencegahnya.

Menurut TTSH, sekitar 15 peratus pesakit berusia 65 tahun ke atas yang mendapatkan rawatan di unit kecemasan TTSH merupakan kes berkaitan jatuh.

Oleh sebab itu, keprihatinan terhadap hal itu harus dipertingkat. Bertema Sentiasa Sihat dan Berdiri Tegap, acara itu bermatlamat membantu semua generasi memahami lebih lanjut tentang risiko dan pencegahan kejadian jatuh, terutama sekali dalam konteks penyakit kronik.

Di acara tersebut, terdapat kegiatan pendidikan buat orang ramai. Profesional penjagaan kesihatan pelbagai disiplin seperti doktor, jururawat dan ahli fisioterapi juga membantu menjawab soalan orang ramai tentang kejadian jatuh.

Dr Yaacob berharap agar mereka yang hadir dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang hal tersebut.

Disebabkan Singapura mempunyai penduduk yang semakin menua, Dr Yaacob berkata masyarakat harus memainkan peranan menjaga satu sama lain.

Kecederaan akibat jatuh boleh membawa kesan serius kepada kesihatan, katanya.

“Masyarakat harus menggalakkan satu sama lain agar sering menjalani pemeriksaan kesihatan, bersenam bersama dan mengekalkan persekitaran yang selamat supaya kita boleh menghalang kejadian jatuh berlaku.

“Kejadian jatuh boleh menjadi tanda awal masalah kesihatan atau fungsi dalaman.

“Oleh sebab itu, penting bagi kita memahami risiko jatuh dan bagaimanamenghalangnya bagi diri kita sendiri dan orang tersayang.

“Jatuh boleh berlaku akibat pelbagai faktor dalam kehidupan kita seperti persekitaran luar atau di dalam rumah, kesihatan dan gaya hidup,” kata Dr Yaacob.

Ketua Jabatan, Pusat Perubatan Geriatrik, Dr Mark Chan, berkata: “Penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan osteoartritis, boleh mencetuskan simptom dan gangguan deria yang boleh menyebabkan kejadian jatuh jika tidak dikawal baik. “... (Jatuh) boleh dicegah jika kita tahu apa yang perlu dilakukan, seperti menyediakan persekitaran yang selamat, mengekalkan kesejahteraan individu dan menggunakan bantuan sesuai bagi mengurangkan kejadian jatuh.”

Prepare safe environment to prevent falls: Yaacob (BH 9 July pg 2)

Speaking at Falls Awareness Day organised by TTSH on 8 July, Minister for Communications and Information, Dr Yaacob Ibrahim was quoted saying that while we practise a healthy lifestyle, we must ensure we have safe surroundings to prevent falls. As about 15% of patients above 65 are admitted to TTSH with falls-related conditions, concern for the issue needs to be enhanced. At the event, our doctors, nurses and physiotherapists shared about the risks of falls and how to prevent them, especially in a chronic disease context. Dr Mark Chan, Head of the Centre for Geriatric Medicine, TTSH was quoted saying that chronic diseases such as diabetes, hypertension and osteoarthritis, can cause symptoms and sensory disorders that can cause falls if not kept under control. He added that falls can be prevented with safe surroundings, maintaining personal well-being, and using appropriate aids to reduce fall incidences.


Download PDF 

Source: Berita Minggu © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction