Berita Harian (31 July 2017) - KALAU ikut rasa hati, bersara awal mungkin menjadi pilihan
ramai.
Namun ada juga yang memilih sebaliknya.
Seperti Encik Sharif Ali, 83 tahun, yang masih terus menabur
bakti kepada majikannya sejak kali pertama bekerja
di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) – 60 tahun lalu!
Sehingga kini, bapa tujuh anak yang sudah bercicit ini
masih terus setia dengan satu-satu majikannya itu.
Kesetiaannya diiktiraf apabila beliau diberi Anugerah
Khidmat Berlian oleh TTSH dalam satu majlis beberapa
minggu lalu.
Semasa ditemu ramah, Encik Sharif, yang kini seorang
atendan kesihatan sambilan, berkata beliau tiada masalah
menyesuaikan diri dengan keadaan masa ini – meskipun
jumlah pesakit bertambah.
Antara lain pekerjaannya memerlukan beliau menokok
perkakas yang diperlukan dalam bilik klinik seperti alat
menyuntik dan pembalut luka.
Dianggarkan beliau akan menokok perkakas dalam sekitar
30 bilik klinik sehari dan setiap kali bekerja, beliau berdiri
sekitar lima jam lamanya.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana pengiktirafan ini.
“Yang lebih penting lagi, saya masih diberi kesihatan dan
kekuatan yang membolehkan saya terus bekerja,” ujarnya
yang hanya menghidap masalah darah tinggi sahaja pada
masa ini.
Still working at Tan Tock Seng Hospital despite being 83 (29 July Berita Harian pg 1 and 17)
Exclusive front-page article in Berita Harian featured our Diamond Service Award Winner Mr Sharif Bin Ali, Health Attendant, Emergency Department, TTSH who has worked in TTSH for the past 60 years. Mr Sharif spoke about how he is still active and working at his age. He shares that his “secret” to ageing well is to work with integrity, be fully committed and disciplined, and to practise a healthy lifestyle. At home, his daughter and son-in-law say that he is a caring grandfather who looks forward to meeting and playing with his grandchildren during weekends. The article also mentioned that TTSH constantly reviews job scopes and redesigns roles to continue to benefit from the experience and knowledge of older workers. In addition, HR policies and work processes are elderly-friendly as well.
Moyang
20 cicit
pekerja TTSH
paling lama
TTSH permudah kerja kakitangan usia senja,
manfaatkan pelbagai mesin dan teknologi
SEJURUS mencecah usia 62 tahun, kakitangan
Hospital Tan Tock Seng (TTSH) ditawarkan
kontrak pascapersaraan, bergantung pada
keadaan kesihatan dan kelakonan kerja.
Sekiranya kesihatan kakitangan dan kelakonan
kerja membolehkannya bekerja hingga
berusia lebih 67 tahun, mereka akan terus ditawarkan
pekerjaan.
Antaranya ialah Encik Sharif Ali, 83 tahun.
Jurucakap TTSH berkata pihaknya terus menilai
skop dan merombak pekerjaan agar institusi
itu dapat terus memanfaatkan pengalaman
dan pengetahuan kakitangan usia lanjut pada
tahun-tahun mendatang.
“Dasar sumber manusia dan proses di tempat
kerja juga mesra usia. TTSH juga memanfaatkan
teknologi untuk menjadikan kerja bersifat
lebih fizikal kurang membebankan bagi tenaga
kerja yang lanjut usia,” ujarnya.
Contohnya, jurucakap itu berkata pihaknya
memperkenal sistem konveyor makanan, sistem
elektronik pesanan hidangan, troli yang
boleh memanaskan makanan dan mesin pencuci
sebagai sebahagian usahanya memanfaatkan
teknologi.
“Teknologi dan mesin ini mengurangkan
keperluan kerja berat atau kerja berulang yang
membebankan,” katanya.
LANGKAHNYA mungkin tidak
selincah zaman mudanya dulu. Namun,
Encik Sharif Ali, 83 tahun,
masih berdaya menjalankan kerja
yang dilakukan sejak hari pertama
bertugas.
Bapa tujuh anak itu sudah bekerja
di Hospital Tan Tock Seng (TTSH)
sebagai atendan kesihatan selama
60 tahun.
Encik Sharif, juga datuk 30 cucu
dan moyang 20 cicit, masih ingat di
mana alat menyuntik, jarum suntikan
dan tiub perlu disimpan di klinik.
Beliau pun masih bertenaga menolak
kerusi roda pesakit.
“Saya masih ingat tarikh saya
mula bekerja di TTSH – 2 April
1957. Sejak itu, tidak pernah saya
bertukar kerjaya atau tempat kerja
kerana amat selesa bekerja di hospital,”
katanya.
Encik Sharif berkata beliau tiada
masalah menyahut permintaan jururawat
yang memerlukan pesakit
duduk di kerusi roda.
Baginya, selagi bertenaga dan sihat,
beliau akan terus menumpukan
perhatian kepada pekerjaan.
Beliau bekerja sambilan sebagai
atendan kesihatan sebanyak empat
hari seminggu, selama tujuh setengah
jam sehari.
Encik Sharif perlu berdiri sekurang-
kurangnya lima jam sehari.
Menurut beliau, sejauh ini kerja
tidak menjejas lututnya.
Dalam sehari, beliau dapat menguruskan
hingga 30 bilik doktor,
misalnya membersihkan dan menokok
jumlah perkakas.
Mungkin juga gaya hidup sihat
yang diamalkan sejak muda membantunya
pada usia senja.
Menurutnya, semasa muda, beliau
aktif bermain sepak takraw dan
badminton.
“Alhamdullilah, sejauh ini saya
terus diberi kesihatan baik, melainkan
perlu makan ubat sedikit bagi
masalah darah tinggi,” katanya,
yang juga baru dimasukkan ke hospital
kerana sakit perut.
Demam biasa juga biasa dialami,
tambahnya.
Encik Sharif tinggal bersama
anaknya, Cik Latifah, suri rumah
berusia 52 tahun, dan suaminya Encik
Osman Abdullah, juga 52 tahun.
Pasangan itu mempunyai tiga anak
dewasa.
Isteri Encik Sharif pula meninggal
dunia tujuh tahun lalu.
Encik Osman, yang bekerja sebagai
penolong pejabat, berkata bapa
mentuanya itu gemar menonton
filem lama karya P. Ramlee.
“Apabila isteri saya pergi ke pasar,
beliau akan ikut. Bagi kami, itulah
cara terbaik beliau mengekalkan
kesihatan jasmani dan minda,” ujar
Encik Osman.
Apa pula rahsia Encik Sharif
mengekalkan pekerjaan dan bekerja
dengan satu majikan selama lebih
60 tahun? “Tiada rahsia sebenarnya.
Yang penting, kuatkan semangat,
kerja dengan jujur, berikan komitmen,
berdisiplin dan akhir sekali,
amalkan gaya hidup sihat,” ujarnya.
Encik Sharif juga sering menantikan
kehadiran anak cucu setiap hujung
minggu.
Apabila mereka melawat, beliau
akan menyelitkan nasihat tentang
amalan pekerjaan yang dilaluinya
hingga dapat kekal lama.
“Mereka masih muda, jadi apa juga
pengalaman yang saya lalui, saya
cuba kongsi dengan mereka agar kita
semua meraih pengajaran,” ujar Encik
Sharif, sambil menambah bahawa
beliau tidak tahu bila akan bersara.
Download PDF
Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction