News

Tak kesal ubah kerjaya dari jurutera ke jururawat

BH 20170921 Tak kesal ubah kerjaya dari jurutera ke jururawat
 

KEPUTUSAN TERBAIK: Encik Hiedayyat, yang kini jururawat staf kanan di Jabatan Onkologi TTSH, menyifatkan keputusan bertukar kerjaya daripada jurutera kepada jururawat yang dibuat sekitar 10 tahun lalu ternyata yang terbaik untuknya. Kini beliau berasa lebih selesa dapat berkhidmat kepada pesakit – terutamanya pesakit barah. – Foto ZAINAL YAHYA 

No regrets switching career from engineering to nursing (Berita Harian pg 1)

In an exclusive front page story, Senior Staff Nurse Mohamad Hiedayyat Yusof from Oncology was interviewed, chronicling his journey from mechanical engineer to nurse. Hiedayyat made the decision to enrol with the Professional Conversion Programme (PCP) for Registered Nurses about 10 years ago, when he saw that the engineering firm he worked at was facing distress. He decided to explore new career options and was attracted to nursing. He joined TTSH after completing the conversion programme. He faced doubts from his family and admits that he faced some difficulty adapting to the job, but thanks to his strong interest and commitment, he managed to overcome these challenges. Chief Nurse Yong Keng Kwang was quoted saying that the increase in numbers of professionals joining healthcare through PCP indicates a rising interest in a nursing career.


Berita Harian (20 Sept 2017) BAPA Encik Mohamad Hiedayyat Yusoff agak kurang yakin apabila anak kedua dalam keluarga tiga beradik itu mengambil keputusan mengubah haluan kerjaya.

APA ITU PCP?

  • Program Pertukaran Profesional (PCP) membantu golongan dewasa yang bekerja memasuki alam pekerjaan baru dengan menyediakan mereka latihan intensif dalam pelbagai bidang yang sedang tumbuh seperti penjagaan kesihatan, logistik, dan teknologi infokom.
  • PCP jagaan kesihatan menyokong pekerja kerjaya pertengahan agar dapat dilatih semula sebagai jururawat berdaftar dan penolong jururawat berdaftar selain golongan Profesional Kesihatan Bersekutu (AHP) seperti pakar terapi fisio, terapi pekerjaan, jururadiografi diagnostik dan penolong pembedahan pergigian.
  • Program bagi sektor jagaan kesihatan di bawah pentadbiran bersama Kementerian Kesihatan (MOH) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG).
 

Selepas tiga tahun menamatkan pengajian dalam Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Hiedayyat memilih menukar kerjaya daripada jurutera kepada jururawat.

Malah, beliau sanggup menghabiskan lagi dua tahun untuk mendapatkan latihan dalam bidang kejururawatan semata-mata kerana mahu memenuhi impiannya itu.

“Memang bapa pada awalnya tidak pasti dengan keputusan saya itu. Maklumlah selepas tiga tahun mendalami bidang kejuruteraan dan bekerja sebagai jurutera, kemudian saya ingin tukar haluan jadi jururawat pula,” katanya.

Menurut Encik Hiedayyat, 35 tahun, keputusan yang dibuat sekitar 10 tahun lalu itu ternyata yang terbaik untuknya.

Kini beliau berasa lebih selesa dapat berkhidmat kepada pesakit – terutamanya pesakit barah. Encik Hiedayyat kini jururawat staf kanan di Jabatan Onkologi Hospital Tan Tock Seng (TTSH), salah sebuah institusi kesihatan di bawah naungan Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG), selepas meraih diploma dalam kejurawatan dan disusuli diploma lanjutan onkologi.

Beliau berbuat demikian di bawah Program Pertukaran Tenaga Kerja Strategik (Jagaan Kesihatan) yang dikenali sebagai Program Pertukaran Profesional (PCP) bagi Jururawat Berdaftar.

Encik Hiedayyat bukan seorang. Tahun lalu, enam karyawan mengikuti PCP dan menyertai NHG – naik daripada hanya seorang karyawan pada 2011.

Menurut NHG, ia mendapati peningkatan sehingga 25 peratus bilangan jururawat dalam rangkaiannya antara 2011 dengan 2016. Encik Hiedayyat berkata beliau menukar haluan kerjaya selepas berhenti kerja sebagai jurutera.

“Pada ketika itu saya dapat tahu firma tempat saya bekerja mengalami masalah dan dijangka ditutup. Jadi saya ambil keputusan berhenti sebelum diberhentikan dan cuba teroka bidang lain.

“Kebetulan seorang kenalan beritahu tentang bidang kejururawatan dan tiba-tiba saya berasa ingin tahu lebih lanjut mengenainya. “Selepas membuat penyelidikan menyeluruh, saya bertekad menyertainya. “Masa itu, bapa saya tidak begitu yakin dengan keputusan saya, tetapi saya teruskan juga hasrat saya,” kata bapa dua anak itu lagi.

Encik Hiedayyat, yang berumah tangga dengan seorang bekas jururawat sekitar tujuh tahun lalu, mengakui bahawa tidak mudah baginya menyesuaikan diri dengan bidang baru itu – terutama pengetahuan berkaitan perubatan.

Apakan tidak. Sebelum menyertai bidang kejururawatan, beliau merupakan seorang jurutera selama beberapa tahun.

“Suasananya sentiasa sibuk dan perkataan serta perkakas perubatan yang perlu saya kenali sememangnya amat mencabar buat saya.

“Tetapi atas dasar minat dan komitmen, ia dapat diatasi,” ujarnya lagi.

Ketua Jururawat TTSH, Encik Yong Keng Kwang, berkata: “Pertambahan bilangan profesional yang menyertai NHG menerusi PCP menandakan minat yang bertambah dalam bidang kejururawatan.”


Download PDF 

Source: The Straits Times © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction