News

Jururawat guru yakin dengan kebolehan pelajar ‘nakal’

BH 20171004 Jururawat guru yakin dengan kebolehan pelajar ‘nakal’
 

BERI PERHATIAN: Encik Rahmat Jasmaini (dua dari kanan), Penolong Klinisian Jururawat di Jabatan Kecemasan Hospital Tan Tock Seng, menganggap sikap setiap pelajar berbeza, maka beliau perlu memberi perhatian kepada setiap daripada mereka untuk memastikan apa yang diajarnya difahami. – Foto M.O. SALLEH 

Nurse educator confident in abilities of “naughty” students (Berita Harian pg 10)

In an exclusive interview, Assistant Nurse Clinician Rahmat Jasmaini from TTSH Emergency Department shared his experience as a nurse educator mentoring about 300 nurses and army medics over seven years. ANC Rahmat commented that he prefers training “naughty” students as they provide the best feedback when given complex tasks, compared to “well-behaved” trainees. Apart from nurses, he now also trains Allied Health Professionals such as occupational therapists and physiotherapists. He believes that his work as an educator is not burdensome, as it helps to upgrade the capabilities of young nurses, in turn improving the quality of care provided to patients.


Berita Harian (4 October 2017) - SIKAP dan minat setiap pelajar berbeza.

Ada yang memberi perhatian sepenuhnya dan tidak kurang juga yang dianggap ‘nakal’.

Sudah lumrah manusia untuk memberi perhatian kepada pelajar yang dianggap ‘baik’ dan tidak mempedulikan sikap ‘nakal’ yang dipamer sesetengah pelajar lain.

Sikap sebegini boleh membuat si guru terlepas pandang kemampuan dan bakat sebenar pelajar ‘nakal’ itu.

Atas sebab itulah Encik Rahmat Jasmani sering memberi perhatian kepada pelajar sedemikian kerana baginya mereka mempunyai ciri-ciri istimewa dan berbeza berbanding pelajar biasa.

“Saya sering beri perhatian kepada pelajar sedemikian. “Kadangkala pelajar ini mampu memberi respons positif semasa diberi tugasan yang mungkin agak kompleks,” katanya.

Encik Rahmat, 38 tahun, Penolong Klinisian Jururawat di Jabatan Kecemasan Hospital Tan Tock Seng (TTSH), juga seorang mentor kepada jururawat muda sejak tujuh tahun lalu.

Sebelum itu beliau bertugas di bahagian klinikal – bermakna beliau berurusan terus dengan pesakit.

Kini, berdasarkan pengalaman yang dilaluinya, bapa dua anak lelaki itu mengongsi pengetahuan dengan jururawat muda serta para medik ahli perubatan tentera mengenai suasana, termasuk perkakas dan keperluan, dalam hospital hampir setiap hari.

Selain itu, beliau turut menjadi mentor kepada golongan Profesional Kesihatan Bersekutu (AHP) seperti pakar terapi fisio, pakar terapi pergerakan dan kakitangan lain.

Encik Rahmat, yang memiliki ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejururawatan daripada Universiti Edinburgh, Scotland, menganggap peranannya kini diperluas.

“Ia bukan sesuatu yang membebankan. Sebaliknya, ia dapat membangunkan kemampuan jururawat muda, dan hasilnya khidmat kepada pesakit terus bertambah baik,” katanya.

Beliau kemudian mengambil contoh seorang pelajarnya yang kini lebih bersikap terbuka kepada usaha mempertingkat kemahiran diri.

“Beliau sebelum ini tidak tahu apa yang boleh dijangkakan apabila menjalani kursus yang saya kendalikan.

“Mungkin juga beliau kurang yakin dengan kemampuannya. Tapi lama-kelamaan sikapnya terhadap kursus peningkatan diri lebih terbuka,” ujar Encik Rahmat, yang menyatakan beliau telah menjadi mentor kepada sekitar 300 jururawat muda dan medik tentera.


Download PDF 

Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction.