SharePoint
A- A A+
Home > About TTSH > News > NTUC gesa pemerintah, majikan perkasa sokongan bagi pekerja berusia
​ ​​​
​​
​​​​Jururawat berdaftar kanan di Hospital Tan Tock Seng, Cik Lilian Teng (kanan), membantu seorang pesakit bangun daripada katil selepas sistem Pemantauan Pesakit Ramalan Pintar PreSAGE mengaktifkan amaran semasa satu demonstrasi. – Foto ST

Tinjauan dapati lebih ramai berhasrat terus bekerja selepas usia 70 tahun, mahukan fleksibiliti

Berita Harian (29 Januari 2026)

Menurut dapatan tinjauan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC),lebih ramai pekerja berusia berhasrat mahu terus bekerja selepas mencapai usia 70 tahun, dan mahukan fleksibiliti dalam aturan kerja mereka.

Oleh itu, kesatuan pekerja itu menggesa majikan dan pemerintah agar melakukan lebih banyak usaha untuk menyokong pekerja berusia melalui reka bentuk semula pekerjaan, peningkatan kemahiran dan amalan kerja yang inklusif, kata Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Desmond Tan.

Satu tinjauan yang dilaksanakan NTUC antara September dengan Oktober 2025 mendapati lebih 46 peratus daripada 591responden daripada pelbagai peringkat umur menyatakan mereka ingin terus bekerja selepas umur pekerjaan semula – iaitu 70 tahun.

Sementara itu, 48 peratus responden memilih pekerjaan sepenuh masa, manakala 46 peratus memilih pekerjaan separuh masa.

Maka, Encik Tan, yang juga Menteri Negara Kanan (Pejabat Perdana Menteri), berkata tiga pihak – pemerintah, NTUC dan majikan – mesti bekerjasama rapat untuk memastikan sokongan sewajarnya dapat diberikan kepada kumpulan berusia itu.

Ini termasuk reka bentuk semula pekerjaan dan penggunaan teknologi bagi menjadikan tempat kerja lebih inklusif serta lebih sesuai bagi pekerja berusia.

Bercakap kepada wartawan selepas lawatannya ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) pada 28 Januari, Encik Tan berkata: "Melalui usaha ini, saya percaya bahawa menyokong warga emas bukan sahaja dapat meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja, bahkan memastikan kita mempunyai tenaga kerja yang lebih berdaya tahan dan mampu menyesuaikan diri dengan kecerdasan buatan (AI) serta tuntutan pekerjaan masa hadapan." Dapatan Encik Tan dan NTUC itu bertepatan dengan data Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang dikeluarkan pada November 2025.

Menurut data itu, kadar pekerjaan bagi pekerja berusia 65 tahun dan ke atas meningkat daripada 24.7 peratus pada 2015 kepada 31.5 peratus pada 2025.

Ini mencerminkan keinginan tinggi dalam kalangan pekerja berusia untuk kekal aktif bekerja, serta peningkatan peluang bagi mereka untuk terus bekerja.

Encik Tan melawat TTSH untuk mengetahui usaha yang dilakukan hospital itu dalam menyesuaikan alat dan aliran pekerjaan bagi menyokong pekerja lebih berusia, memandangkan sekitar 1,000 daripada lebih 10,000 kakitangan TTSH berusia 55 tahun dan ke atas.

Melalui kerjasama dengan Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan serta memanfaatkan Geran Jawatankuasa Latihan Syarikat Kluster (CTC) NTUC, TTSH telah melaksanakan beberapa projek transformasi.

Antaranya, Sistem Pemantauan Pesakit Ramalan Pintar PreSAGE (PreSAGE) yang menggunakan kamera haba yang dipasang pada dinding serta analitik video.

Ini sekali gus mengatasi ciri penyediaan yang rumit, di samping memberikan jururawat tempoh tindak balas yang lebih cepat sehingga 15 saat, serta mengurangkan jumlah amaran palsu berbanding alat tradisional seperti tikar penderia, dengan ketara.

Bagi jururawat berdaftar kanan di TTSH, Cik Lilian Teng Ngwen Hua, 69 tahun, teknologi telah memberi kesan terhadap keupayaannya untuk terus kekal dalam kerjayanya.

Sebelum hospital itu melaksanakan PreSAGE pada 2022, Cik Teng berkata bahagian belakangnya akan sakit ketika memasang penggera pengesan pesakit jatuh secara manual bagi setiap pesakit yang berisiko.

















2026/01/29
Last Updated on